Pengikut

Ahad, 19 Oktober 2014

Permohonan Nikah bakal isteri Tentera

Hanya satu ucapan yg hendak disebut ketika ini, alhamdullillah.. almaklumlah , bila bakal suami tentera dimana tempat bertugas pun berada diluar johor maka pelbagai kesukaran ditempuh sendiri dalam mempersiapkan urusan perkahwinan kami. Memang pening, mula2 macam blur yelah cari dekat google susah nk cari blogger yg ceritakan perihal permohonan nikah mereka yg bakal bergelar isteri TENTERA, tnya kawan-kawan rata2 tidak menikah dgn mat tiarap, dan tnya sedara terdekat kebanyakan mengisi borang menggunakan kaedah lama. Maka, dengan ini, aku mengambil inisiatif ingin berkongsi pengalaman aku memohon pernikahan dengan bride to be diluar sana especially bakal isteri tentera.

Kaedah tentera/ polis/ navy dan seangkatannya sama shj . macam aku, encik tunang seorang tentera darat. orang KLUANG, dan aku orang KULAI.. maka dek kerana encik tunang berkhidmat di SARAWAK, maka segala proses permohonan memakan masa. kadang-kadang stress woo =( , gagahkan jugak demi perkhawinan kami.

Okei, mula-mula.. anda semua iaitu bakal pengantin (perempuan) perlu mengambil borang HIV, dimana borang HIV ini adalah PERCUMA. Kalau dahulu kala, borang ini berbayar tetapi sekarang borang ini PERCUMA. Jangan takut nak ambil borang HIV ini, ckp shj dekat pegawai bertugas yang anda perlu setlekan dahulu HIV keranan bakal suami TENTERA. para pegawai bertugas memang memahami. Kemudian, pastikan tarikh anda membuat HIV test dalam linkungan 6 bulan dari tarikh anda menikah. sebab sah lakunya 6 bulan. jadi dah boleh rancang nk  buat bila dan ada sesetengah klinik menetapkan jadual untuk anda melakukan ujian. Pastikan klinik kerajaan okei =)

Hiv test - done !

kemudian, berilah segala,salinan dokumen seperti sijil nikah ibu&bapa, ic, sijil kursu pra perkahwinan anda, salinan ic ibu dan bapa salinan hiv test, gambar pasport dan slip buku bank (pemotongan gaji)  hantar kepada pihak lelaki bagi proses pengurusan pejabat KOR KAGAT .. iaitu pejabat tentera.

Sekarang , anda (perempuan) boleh lah bersenang lenang sebentar =p

Apabila, pihak lelaki sudah selesai urusan mereka disana, maka pihak lelaki akan memberi anda dokumen bernikah luar kawasan/ kebenaran khas (polis/tentera).

 bermula lah tugas anda =)

Ok, sekarang semua main sistem online, maka mcm aku x terlepas utk mengisi online permohonan nikah dimana ia dipanggil e-ncr, ni untuk orang johor =) negeri lain pun ada yang  tak tahu. boleh klik sini.

Tak tahu nk isi? senang sahaja, 

mula-mula daftar dahulu


klik no.1
daftar apa yang patut,kemudian anda kena call pejabat kadi daerah masing2 untuk diaktifkan
call sahaja cakap sy nk aktifkan e-ncr =)
** lelaki punya pun kena isikan tau.. tp nnt masa serah dokumen pegawai tu ckap tak perlu haha.. utk keselamatan isi je untuk u'olls punya bakal suami 

kemudian, selepas diaktifkan anda terus isi id pengguna dan juga kata laluan anda =)




kemudian dah boleh log in
boleh lah isi permohonan no.2 dan apa yang sepatutnya.
sesiapa yg walinya bukan bapa kandung mohon pastikan wali anda sebenarnya2
wali nasab atau wakalah


dah setle


dah hantar permohonan anda akan menerima satu no.rujukan seperti diatas =)
klik pada no tersebut

kemudian cetak yang bertanda anak panah  seperti beikut


kalau yg ada kes special mengenai wali cetak no.3
kalau wali adalah bapa kandung TIDAK PERLU =)
kemudian dapatkan lah tandatangan 2 orang saksi lelaki yang bukan dari kalangan ahli keluarga
dan photostat ic mereka
dan ready untuk dihantar ke pajabat kadi yahuuuuu

masa nak hantar tu lengkapkan lah diri dengan  ilmu agama. sebb kalau orang johor ada interview special =)
tp alhamdullillah
nasib aku baik
hanya 2 soalan shj disoal=)

1) mengucap 2 kalimah syahadah
2) rukun nikah

kemudian, setelah selesai anda akan perolehi no.hp jurunikah dan alamatnya.. serta dokumen utk diserahkan kepada beliau..
kemudian boleh lah membuat bayaran sebanyak RM35



dapat dokumen ni jangan nk memandai pulak isi sendiri hahaha
ni khas untuk jurunikah anda =)

alhamdullillah 
sekarang aku tunggu untuk bertemu dgn jurunikah pada rabu ni sebb dah call tadi beliau sibuk dalam 2 hari ini... anyway bila dpt ckp ngn jurunikah tu dah lega siket haha 

p/s: harap coretan diatas boleh menjdi rujukan kepada bakal isteri tentera/polis yang salah harap maaf
dan sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut / dan anda mempunyai masalah bolehlah hubungi pejabat agama/kadi daerah anda, sesungguhnya layanan mereka amat baik =)


23 00000 sunsweetz comment:

Abang Bear berkata...

Selamat Pengantin Baru tapi mak datuk panjangnya urusan dan banyaknya kerja... belum masuk belanja lagi tu... patut lah kat barat sana siap ada consultant perkahwinan... bayar jer semua... tau siap

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@Abang Bearkan2x.. panjang sgt2..sebb tu kalau bercerai para pegawai agama suruh nilai harga perkahwinan kita =)

yoorin melacolea berkata...

alahai nervesnye.. dah mengalami nye.. semua last minit.. lg kat johor kan kena interview.. huhuhu.. 3 minggu nak nikah baru hegeh2 nak interview.. memg time tu macam Allah.. susahnya nak kawen pon susah.. hahahaha..sampai pikir xnak kawin dah. tp alhamdulillah..selamat semuanya...mudahan awak dipermudahkan semuanya ye

diraa coleurs berkata...

oh god interview? mati la aku

farra adiba berkata...

Sy bulan 7 nk nikah..so boleh la buat dr skrang.

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@yoorin melacolea ka2x.. rasa mcm nak lari je masa tu haha..tp taklah semua dipermudahkanNYA.. =)

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@diraa coleurs yup interview..ilmu agama mesti penuh di dada..

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@farra adiba boleh buat urusan 2 bulan sebelum majlis..

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum, sy nak tanya la kan.

1. bakal isteri lahir kl, duduk melaka, bakal suami lahir melaka,kerja di kem tapah jadi sy still uruskan di melaka kan dr semua aspek?

2. borang bakal suami dpt sebelum interview tu boleh sy tau dia nak apa je? sebab bakal suami pergi operasi,dan sy perlu siapkan sebelum dia cuti ops.

3. susahnya sebab xduduk dekat2, askar pulak banyak nau operasi nya 😭😭😭😭😭😭 bila la nak settle. hmm

norain syazana berkata...

Hi Sis nak tny, sis isi boring sis lg berapa bulan nka kawen yea?
Saya sekarang semua ada kt bakal Suami, Cume Still pending kat KAGAT.
Kalau lagi sebulan B4 kahwin kire okay laa yea.. Sempat settle semua?

nurlyana mohd shukor berkata...

@::Misz sunsWeetz:: cmna ea lw psangan luar daerah

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@Tanpa Nama wasalam.. masa misz sunsweetz aritu husband misz yang uruskan segalanya belah dia cuma dia ada minta beberapa dokumen kat kita mcm salinan ic, surat pengesahan majikan, sijil kursus kahwin..semua dlm salinan dengan gambar passport..

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@nurlyana mohd shukor luar daerah ada borang dia..bolej rujuk pejabat kadi daerah

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@norain syazana yup sempat ... jgn 2 minggu lagi sudah hehe

fifi arissh berkata...

Salam misz sunsweetz..nak tanye..bila isi borang e-NCR tu..kita perlu ke isi yang part pasangan tu??atau pun abam asko kita kne jugak isi borang nie??tolong jwb plezz 😭

SURI ENCIK POMEN berkata...

Assalamualaikum hai sis..terima kasih atas perkongsian..bakal suami sayapun berkhidmat dekat sarawak..urusan belah suami dekat kagat tu senang x agak2..sebabnya belah dia xuruskan pape lagi..tengah urusan nak posting..majlis bulan 4 harap2 la semuanya dipermudahkan dan lancar :(

mariah binti abdullah berkata...

Salam bole tnya...cik abg tompng kem kl sbb jga dato dah 2thun lebh...kem asl senwng srmbn...jd klo nk buat permohonn khwin kt kem kl bole ke...sbb kem snwng smua g sbh..tkt bln 9 cik abg g lubnn sthun.. That bln 6 7 8 khusus.. Jd kmi nk awl kn pernikahan... Bole ke... Tkot nya...

mariah binti abdullah berkata...

Salam bole tnya...cik abg tompng kem kl sbb jga dato dah 2thun lebh...kem asl senwng srmbn...jd klo nk buat permohonn khwin kt kem kl bole ke...sbb kem snwng smua g sbh..tkt bln 9 cik abg g lubnn sthun.. That bln 6 7 8 khusus.. Jd kmi nk awl kn pernikahan... Bole ke... Tkot nya...

mariah binti abdullah berkata...

Tunng tompng kem kl..bole ke buat permohonn khwin at kem sna.

mariah binti abdullah berkata...

Tunng tumpng kem kl jd bole ke buat permohonn kt sna...

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@fifi arisshwasalam maaf baru balas.. kita kena isi dua2 sekali..

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@SURI ENCIK POMEN aamin.. semoga dipermudahkanNYA

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@mariah binti abdullah X pasti pulak sbb tu urusan kem biasanya.. cuba minta en tunang tanyakan kt kem ..maaf lambat reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...