Rabu, 30 Januari 2013

Dugaan bertunang

salam blogger,
entry arini aku nk story tentang dugaan bertunang..Ya Allah memang berat giler nk hadapi kalo da berlaku..kalo sebelum ni aku duk dgr owg kata kalo bertunang banyak dugaan akhirnya aku sendiri yg mengalami...kalo owg yg x tahan sabar atau owg yg x reti nk memahami tunangnya memang habis la..tp setakat ni dugaan yg aku lalui alhamdullillah dapat aku tempuh..memang kena banyakkan berdoa dan sentiasa beralah sebab kadang2 benda kecik pun kita akan sensitif u olls huhu sebab masa bertunangla kena banyak bersabar kena banyak membuka ruang kepada si dia agar kita saling memahami antara satu sama lain..kadang2 bile difikirkan balik kelako jer benda kecik pun nk gaduh2 sayang haha...=p ehm tp kalo sentiasa manis pun x bagus gak ..huhu kenala ada pahit dan masam dlm kehidupan ni..ehm paling penting kita kena serahkan kepada ALLAH S.W.T sebab kita merancang dia yg menentukan..

so kepada bride-to-be yg mcm aku harap kita cool menghadapi dugaan ok ! dan paling penting mohla sama2 berdoa agar segala perancangan kita berjalan dgn lancar...



salah satu hantaran aku kpd 'encik tunang'



Disini aku nk kongsikan doa utk BRIDE-TO-BE , mereka yg tgh hangat bercinta dan baru nk bercinta :


Ya Allah; Seandainya telah engkau catatkan;
Dia milikku tercipta buatku; Satukanlah hatinya
dengan hatiku; Titipkanlah kebahagiaan antara kami;
agar kemesraan itu abadi; Dan ya Allah; Ya tuhanku
yang maha mengasihi; Seiringkanlah kami melayari
hidup ini; Ketepian yang sejahtera dan abadi;

Tetapi Ya Allah; Seandainya telah engkau
takdirkan dia bukan milikku; Bawalah ia jauh
dari pandanganku; Luputkanlah ia dari
ingatanku; Dan peliharalah aku dari kekecewaan;

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan; Melontar bayangannya
jauh ke dada langit; Hilang bersama senja nan
merah.. agarku bisa bahagia; Walaupun tanpa
bersama dengannya;

Dan ya Allah yang tercinta; Gantillah yang telah
hilang; Tumbuhkanlah kembali yang telah patah;
Walaupun tidak sama dengan dirinya;

Ya Allah ya tuhanku; Pasrahkanlah aku dengan
takdirmu; Sesungguhnya apa yang telah engkau
takdirkan; Adalah yang terbaik buat ku; kerana
engkau maha mengetahui; Segala yang terbaik
buat hamba Mu ini;

Ya Allah; Cukuplah engkau sahaja yang menjadi
pemeliharaku; Di dunia dan di akhirat; Dengarlah
rintihan dari hamba Mu yang daif ini; Jangan
engkau biarkan aku sendirian; Di dunia ini mahupun
di akhirat; Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan
kemungkaran; Maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman; Supaya aku dan dia sama2 dapat
membina Kesejahteraan hidup; Ke jalan yang Engkau
redhai; dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh;
Amin.. Ya Rabbal A'lamin


mood: menunggu barang dari encik tunang =.= mana la abg pos laju ni huhu

7 ulasan:

shu berkata...

btul2..kna bljar sbar n tolak ansur dr skrng..nnt nk hidup 1 bumbung..

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@shuehm tula kalo x blaja tolak ansur memang susah nnt=)

nursyaida nasuha rosman berkata...

sama lah kita, dalam tempoh b'tunang, hihi.. yg pnting kta letak Allah yg utama, insyaAllah no big deal, ^^

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@nursyaida nasuha rosmanyup betul tu syaida..kita serahkan segalanya kepadaNYA

mrs. hairum berkata...

hye salam perkenalan. yup.. berat kan dugaan bertunang. cik ceril sepanjang cple xpenah gado. bile dah tunang last month tibe2 ade je benda yg xkena huhu. takut sgt!

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@mrs. hairum hye salam perkenalan..yup sgt berat..benda kecik pun le jadi gaduh=) harap2 kita sma2 dpt mengharunginya=)) ~peace

Azizul amri berkata...

mmg kene byk2 bersabar... tp dua 2 kene sabar lah... lau sorang je yang sabar... itu yang menyakitkan tu....

Misz Sunsweetz a.k.a cikgu wadi

assalamualaikum 👀.. selamat malam semua.. tiba-tiba malam ini macam ada mood nak berblogging hik3 rindu sebenarnya nak berblog nak g walk...