Pengikut

Khamis, 22 November 2012

Diet Atkins bersama Misz Sunsweetz

salam blogger,


ehm tgk badan aku macam da dipam2x aduih malu ni kalo encik tunang balik bertugas nnt so sempat x aku kempis haha

mak aihh tajjuk entry x boleh blah ko jah !! haha..jgn gelak jgn gelak hehe..ehm ko dengan lafaz bismillah arini ari pertama aku bermula diet atkins nie.. agak2 5 january nnt aku slim ke dak ea?haha kuat x semangat aku nk teruskan diet atkins ni bub byk blogger yg aku bce diowg ramai berhenti setengah jln tp memang keputusan dia mantop ! Ya Allah permudahkanlah urusan aku..demi kesihatan ku dan ibadat ku amin~
so apa dia diet atkins ni..

actually diet atkin adalah satu formula dari DR ROBERT C. ATKINS ..dia yg formulakan diet ni bub tu nama dia diet atkin haha..ehm ada 4 peringkat dlm diet ni :


1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance



ehm maka aku skrg kat peringkat INDUCTION...

ehm so peringkat induction mesti mengamalkan amalan2 berikut bukan syirik okei! hehe
tp khasiat yg tinggi ..

Semasa 2 Minggu Induction:
X boleh makan:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
mood: doakan perancangan aku berjaya !=)

2 00000 sunsweetz comment:

zul berkata...

selamat berjaya... saya pon sedang dalam proses penurunan berat badan... cuba cara kevin zahri... pernah gak terfikir nak try atkin... maybe start next week...

::Misz sunsWeetz:: berkata...

@zulehm tq abg zul..oo abg zul pun nk diet ea..hehe ok gudluck jugak !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...