Pengikut

Rabu, 31 Ogos 2011

Deraian Air mata suami

Tidak ku sangka pertemuan di majlis perkahwinannya pada Januari yg lepas adalah pertemuan terakhir
Ku sedekahkan Alfatihah buat Arwah..
AL-FATIHAH

********
berikut merupakan lanjutan keratan berita mengenai kemalangan yg melibatkan Arwah kakak ipar sedaraku....

********

Deraian air mata suami

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEDIH...Mohamad Noor Idham ditenteramkan ibunya, semalam.
SEDIH...Mohamad Noor Idham ditenteramkan ibunya, semalam.
REMUK...keadaan kereta selepas terbabit kemalangan.
REMUK...keadaan kereta selepas terbabit kemalangan.
PEKAN: Hanya beg tangan putih berbunga merah jambu milik isteri menjadi penawar duka seorang pegawai kanan polis apabila wanita itu maut bersama bayi dalam kandungan berusia tujuh bulan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Paloh Hinai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, berasal dari Kota Bharu, Kelantan, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya, Inspektor Mohamad Noor Idham Ali Mat Noor, 27, berasal dari Kluang, Johor, dan bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju Kluang untuk berbuka puasa di rumah ibu Mohamad Noor Idham di Taman Sri Kluang apabila kereta dipandu pegawai polis itu gagal dikawal dan terbabas ke kiri sebelum melanggar tiang elektrik.
Menurutnya, selepas kenderaan terbabit melanggar tiang elektrik ia berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terlanggar sebuah lagi kereta dinaiki sepasang suami isteri dari Melaka menuju Kuantan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang bertugas di Hospital Kuala Krai dan mengandung anak sulung maut di tempat kejadian, manakala suaminya yang hanya calar ditubuh dikejarkan ke Hospital Pekan (HP) untuk rawatan lanjut. “Pasangan suami isteri yang turut terbabit dalam kemalangan itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sudah mengambil keterangan mereka untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika ditemui selepas melawat pegawai polis itu di wad kecemasan hospital berkenaan.

Dalam lawatan itu, Mohamad Noor Idham dilihat mengalami trauma teruk dengan kejadian terbabit apabila sukar untuk menceritakan kejadian sebenar kepada Yahaya, sebaliknya hanya menangis dan memeluk beg tangan isterinya.
Mohamad Noor Idham hanya mampu berkata dia mahu pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama ibunya dan dia masih tidak dapat melupakan detik bersama isteri sebelum kejadian berlaku.

Sementara itu, ibu Mohamad Noor Idham, Salbiah Abdullah, 50, berkata dia tidak tahu anak sulungnya daripada lima beradik itu merancang untuk pulang ke kampung dan berbuka puasa bersamanya.
“Anak saya tidak memberitahu pun dia akan pulang bersama menantu untuk berbuka puasa bersama saya, sebaliknya dia hanya memaklumkan perkara ini kepada adiknya, Norlidaya, 22. “Dia mungkin mahu memberikan kejutan kepada saya kerana tidak dapat pulang beraya di kampung disebabkan menantu yang bertugas di hospital tidak dapat cuti,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat hospital berkenaan.


Sumber: MyMetro Online


Selasa, 30 Ogos 2011

Salam Lebaran.....=)

Alhamdullillah setelah sebulan berpuasa walaupun aku x cukup pose hihi tp tetap terasa pemergian Ramdhan
entah dpt k x aku menjumpainya lagi..=)

anyway lama kan kawan2x blogger Ms Sunsweetz x muncul..
bukan menghilang @ MELARIKAN  diri ttp Ms lately busy ngn part time job Lor...
now Ms da free hihi
insyaallah akn kembali berblogger lek huhu
ehm ok
kepada semua umat islam di Malaysia @ dimana2x jua anda berada......

Ms Sunsweetz blog ingin mengucapkan 


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilftri 
Mohon Maaf Zahir & Batin









Ahad, 14 Ogos 2011

Perhatian !!!! Tarikh akhir Sunsweetz Bekerja !

Salam semua...

hye my followers & unknown readers
mesti kowg tertunggu2x my writting hihi
anyway Ms nk say sowwy bub lately busy ngn keje

ehm anyway after 26/8/2011

Ms free sudah huhu

ehm nek semester lak 12 Sept 2011

ehm ok nnt Ms update many2x story mory sepanjang kehilangan Ms hihihi


Isnin, 1 Ogos 2011

Ahlan Wasalan Ya Ramdhan Ku =)


Alhamdullillah akhirnya dpt jua ku temui ramdhan kali ini
syukur sgt2x...

ehm

to all my Follower
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN"

&

to all my silent reader



"SELAMAT MELAKUKAN IBADAT PUASA"



sORRY to All of kamu2x semua bub Ms lama giler x update blog..ni pun duk bersin dari td bub blog Ms bersawang sudey! hehe

anyway Ms resign keje 5 september nnt...so pastu le la giler2x BW kat blog anda 
semua ! 
YIpppie~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...