Khamis, 24 Mac 2011

UBUNTU vs WINDOWS ...TEST AMALI MATEMATIK esok !!

Cak !!
huhu esok Ms ada test Amali Matematik kih2x.,..
Matematik pun ada amali kan?
haha..Whatever ! fuh~
ehm mau study UBUNTU?? kah2x..sama sekali dinafikan mungkin tgk siket2x jer kih3x
sgt tidak mau test ni..uwaaa...oh My P.A can i had excuse for this test?? haha
(nak kena pelempang laju2x..)
please be a gud student..uwaa~
Jom study Ubuntu..
apa itu Ubuntu haha

Jom review apa itu UBUNTU?
Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan? Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini. Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda. Rasailah kehebatan Ubuntu.
 
 
Tu dier Ubuntu kui3x..nak tau best k x g la download n try la haha
 
Ms no komen kih3x
 
ok sapa yg da guna le komen kat bwh kui3x 

Tiada ulasan:

Misz Sunsweetz a.k.a cikgu wadi

assalamualaikum 👀.. selamat malam semua.. tiba-tiba malam ini macam ada mood nak berblogging hik3 rindu sebenarnya nak berblog nak g walk...