Pengikut

Sabtu, 4 Disember 2010

PADAH BerfACEBOOK !




KOTA BHARU Niat seorang guru wanita untuk membantu seorang lelaki Iraq mempelajari agama Islam bukan sahaja tidak tertunai malah mendakwa kerugian RM15,000 apabila diperdaya suspek yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook itu Rabu lalu.
Wanita berumur 42 tahun dan menetap di Taman Uda Murni di sini sebelum itu dikatakan telah berkenalan dengan lelaki terbabit pertengahan bulan lalu.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, selepas bertukar-tukar maklumat melalui laman sosial tersebut beberapa minggu kemudian, suspek memberitahu yang dia berhasrat untuk mempelajari Islam pada 30 November lalu.
Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju untuk membantu suspek.
“Mangsa bagaimanapun telah menerima panggilan daripada suspek keesokan harinya mengatakan yang dia telah ditahan oleh pihak Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tidak mengisytiharkan wang pound sterling 360,000 (RM1.7 juta) yang dibawanya.     

0 00000 sunsweetz comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...