Selasa, 26 Oktober 2010

Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik

‘Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik,

Lelaki Soleh

1.Kuat Agamanya
Biar sibuk macam mana, solat fardhu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pegangan agamanya. Lihat sahaja Rasulullah saw menerima pinangan Saidina Ali buat puteri baginda Fatimah lantaran ketakwaan Ali yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2.Baik Akhlaknya
Ketegasan nyata tapi dia berlembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormat pada warga tua ketara.

3.AmanahJika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula dengan salah guna kuasa, lupakan sahaja si dia.

4.Tidak Liar MatanyaPerhatikan apakah matanya kerap meliar kearah perempuan yang lain yang lalu lalang ketika bercakap. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai untuk anda.

5.Tegas Mempertahankan Maruah
Tidak pernah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

6.Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi dia tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

7.Terbatas Pergaulannya
Sebagai lelaki dia tahu bahawa dia tidak mudah menjadi fitnah orang dan dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8.Rakan Pergaulan
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang mempunyai akhlak sepertinya.

9.Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawab dapat diukur dengan cara sejauh mana dia memperuntukkan masa dirinya untuk keluarga. Jika keluarganya hidup melarat sedangkan dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggunjawab.

Tiada ulasan:

Misz Sunsweetz a.k.a cikgu wadi

assalamualaikum 👀.. selamat malam semua.. tiba-tiba malam ini macam ada mood nak berblogging hik3 rindu sebenarnya nak berblog nak g walk...