Selasa, 2 Mei 2017

Misz Sunsweetz a.k.a cikgu wadi

assalamualaikum 👀.. selamat malam semua..
tiba-tiba malam ini macam ada mood nak berblogging hik3
rindu sebenarnya nak berblog nak g walking blog org lain..tapi dek kerana kerja hakiki terpaksa membataskan masa yang sedia ada.. 

sejak bergelar guru, dan kini tahun ke-3 mengajar 💗.. alhamdulillah dengan gelaran cikgu wadi segalanya dapat berjalan dengan lancar .. memang besar cabaran seorang guru dengan era pembangunan sekarang ...segalanya abad ke - 21..dah tiada istilah chalk and talk..semua pembelajaran koperatif dan 'fun learning'👍..

sebenarnya misz macam nak tukar background blog ni kira edit full 1 blog..ada tak yang sudi buatkan untuk misz..kalau sudi mohlah 'pm' misz hehe
bukan apa nak cari aura baru..tentang bayaran insyaallah kita bincang2 yer haha..yang FREE lagi lah Misz berbesar hati hahaha... 

ok sambung lagi nanti 👌




sudi-sudilah singgah blog Misz supaya
 Misz ada semangat nak update blog haha 😊

Jumaat, 3 Mac 2017

Tahun Ke 3 Bergelar Guru

assalamualaikum wbt & selamat sejahtera semua..
wah, terlalu lama nya meninggalkan dunia blogging ni... kiranya setahun sekali upated , punya lah busy ...

actually misz sunsweetz dah bergelar seorang cikgu...alhamdullillah diam x diam genap tahun 2017 tahun ke 3, dulu zaman menunggu posting memang fokus habis pada blog sekarang nak update pun tak sempat dek kerana amanah yang diberikan memang terlalu padat life sebagai cikgu... siapa follower misz sunsweetz seorang cikgu kita geng !

insyaallah akan cuba kekalkan momentum untuk update blog yg memang usang ni siap bila log in boleh bersin- bersin huk3x...  doakan Misz Sunsweetz dapat kekalkan momentum berblogging yer.. rindu nak baca blog rakan2x..

alhamdulillah follower pun masih ada yang setia cuma encik nuffnang lah dah lari jauh hahaha.... check akaun nuffnang amik kaw RM 0.00 hahaha... memang usang habis blog ni...

ok nanti Misz sambung balik.. rasa macam nak tukar nama blog jadi Madam Sunsweetz sebab Misz dah kahwin hehe tak sedap pulak  guna Misz hehe.. insyaallah perubahan ni akan dilakukan secara berperingkat.. Doakan Misz ! 🌕

Khamis, 17 Mac 2016

Proses Pembersihan Blog

Alhamdulillah diberi gerakan hati untuk membuka blog kembali. Sangat teruja melihat masih ada yang sudi memberi komen pada entri yang lepas-lepas. Last entri 30 Januari 2015 ..hari ini 17 Mac 2016 kiranya sudah setahun blog ditinggalkan usang haha. Jadinya hari ini proses pembersihan secara berperingkat dilakukan haha , mula-mula update dulu profil diri lagi-lagi bab umur masih umur 25 tahun padahal dah cecah 27 tahun hik2x. Nasib baik si dak OLA x nampak kalau tak dia lagi lah yang tegur haha =p , kemudian aku balas komen-komen blogger dan follower serta reader2 entri blog aku, kesian pula bila pertanyaan mereka tak dibalas huhu. 

Selesai Pembersihan Fasa 1, Insyaallah Pembersihan Fasa 2 akan dijalankan, sekarang nak sign out dulu nak siapkan kerja-kerja dunia pendidikan ku dek kerana cutiku bakal berakhir T_T uwaaaaaa...



Sabtu, 31 Januari 2015

Alhamdullillah rezeki 2015

alhamdullillah...pembuka 2015.. akhirnya namaku naik ...lega sgt sebb Allah dah kabulkan doa aku dan doa org sekelilingku..terima kasih kepada yg mendoakan.

rezeki masih di Johor..




setahun menganggur akhirnya NAMETAG ini boleh digunakan hihi

Rabu, 31 Disember 2014

Happy New Year 2015 !

2014 ----> 2015

1) Setahun mengangur dalam bidang perguruan.. =(

2) cekalkan hati , rezeki pasti tiba insyaallah

3) Dapat jadi cikgu tadika selama 8 bulan..syukur pengalaman yg mahal...

4) Alhamdullillah bergelar seorang isteri kepada
 MOHD KHAIRUL B.TOMIRAN

5) Kini, bakal menjadi cikgu tadika sekali lagi...

semoga 2015 membawa berita baik buat aku sekeluarga ...amin


Rabu, 10 Disember 2014

Engaged to Married

Alhamdullillah, syukur tanggal 15 November 2014, 10.15am aku selamat dinikahkan dgn 'dia' , sgt terharu setelah 2 tahun ikatan pertunangan utuh dipertahankan akhirnya kami mengakhiri zaman pertunangan ke gerbang perkahwinan, alhamdullillah..nantikan update seterusnya hihi... actually gambar masih banyak kat OP huhu.. wait yeah =)


|
|
|
|
|
|
|
v


hihihi
so sekarang bukan Misz tp Madam
uish Madam Sunsweetz
mcm x sedap jer haha
kena fikir ni..
nama sesuai haha =p

Ahad, 19 Oktober 2014

Permohonan Nikah bakal isteri Tentera

Hanya satu ucapan yg hendak disebut ketika ini, alhamdullillah.. almaklumlah , bila bakal suami tentera dimana tempat bertugas pun berada diluar johor maka pelbagai kesukaran ditempuh sendiri dalam mempersiapkan urusan perkahwinan kami. Memang pening, mula2 macam blur yelah cari dekat google susah nk cari blogger yg ceritakan perihal permohonan nikah mereka yg bakal bergelar isteri TENTERA, tnya kawan-kawan rata2 tidak menikah dgn mat tiarap, dan tnya sedara terdekat kebanyakan mengisi borang menggunakan kaedah lama. Maka, dengan ini, aku mengambil inisiatif ingin berkongsi pengalaman aku memohon pernikahan dengan bride to be diluar sana especially bakal isteri tentera.

Kaedah tentera/ polis/ navy dan seangkatannya sama shj . macam aku, encik tunang seorang tentera darat. orang KLUANG, dan aku orang KULAI.. maka dek kerana encik tunang berkhidmat di SARAWAK, maka segala proses permohonan memakan masa. kadang-kadang stress woo =( , gagahkan jugak demi perkhawinan kami.

Okei, mula-mula.. anda semua iaitu bakal pengantin (perempuan) perlu mengambil borang HIV, dimana borang HIV ini adalah PERCUMA. Kalau dahulu kala, borang ini berbayar tetapi sekarang borang ini PERCUMA. Jangan takut nak ambil borang HIV ini, ckp shj dekat pegawai bertugas yang anda perlu setlekan dahulu HIV keranan bakal suami TENTERA. para pegawai bertugas memang memahami. Kemudian, pastikan tarikh anda membuat HIV test dalam linkungan 6 bulan dari tarikh anda menikah. sebab sah lakunya 6 bulan. jadi dah boleh rancang nk  buat bila dan ada sesetengah klinik menetapkan jadual untuk anda melakukan ujian. Pastikan klinik kerajaan okei =)

Hiv test - done !

kemudian, berilah segala,salinan dokumen seperti sijil nikah ibu&bapa, ic, sijil kursu pra perkahwinan anda, salinan ic ibu dan bapa salinan hiv test, gambar pasport dan slip buku bank (pemotongan gaji)  hantar kepada pihak lelaki bagi proses pengurusan pejabat KOR KAGAT .. iaitu pejabat tentera.

Sekarang , anda (perempuan) boleh lah bersenang lenang sebentar =p

Apabila, pihak lelaki sudah selesai urusan mereka disana, maka pihak lelaki akan memberi anda dokumen bernikah luar kawasan/ kebenaran khas (polis/tentera).

 bermula lah tugas anda =)

Ok, sekarang semua main sistem online, maka mcm aku x terlepas utk mengisi online permohonan nikah dimana ia dipanggil e-ncr, ni untuk orang johor =) negeri lain pun ada yang  tak tahu. boleh klik sini.

Tak tahu nk isi? senang sahaja, 

mula-mula daftar dahulu


klik no.1
daftar apa yang patut,kemudian anda kena call pejabat kadi daerah masing2 untuk diaktifkan
call sahaja cakap sy nk aktifkan e-ncr =)
** lelaki punya pun kena isikan tau.. tp nnt masa serah dokumen pegawai tu ckap tak perlu haha.. utk keselamatan isi je untuk u'olls punya bakal suami 

kemudian, selepas diaktifkan anda terus isi id pengguna dan juga kata laluan anda =)




kemudian dah boleh log in
boleh lah isi permohonan no.2 dan apa yang sepatutnya.
sesiapa yg walinya bukan bapa kandung mohon pastikan wali anda sebenarnya2
wali nasab atau wakalah


dah setle


dah hantar permohonan anda akan menerima satu no.rujukan seperti diatas =)
klik pada no tersebut

kemudian cetak yang bertanda anak panah  seperti beikut


kalau yg ada kes special mengenai wali cetak no.3
kalau wali adalah bapa kandung TIDAK PERLU =)
kemudian dapatkan lah tandatangan 2 orang saksi lelaki yang bukan dari kalangan ahli keluarga
dan photostat ic mereka
dan ready untuk dihantar ke pajabat kadi yahuuuuu

masa nak hantar tu lengkapkan lah diri dengan  ilmu agama. sebb kalau orang johor ada interview special =)
tp alhamdullillah
nasib aku baik
hanya 2 soalan shj disoal=)

1) mengucap 2 kalimah syahadah
2) rukun nikah

kemudian, setelah selesai anda akan perolehi no.hp jurunikah dan alamatnya.. serta dokumen utk diserahkan kepada beliau..
kemudian boleh lah membuat bayaran sebanyak RM35



dapat dokumen ni jangan nk memandai pulak isi sendiri hahaha
ni khas untuk jurunikah anda =)

alhamdullillah 
sekarang aku tunggu untuk bertemu dgn jurunikah pada rabu ni sebb dah call tadi beliau sibuk dalam 2 hari ini... anyway bila dpt ckp ngn jurunikah tu dah lega siket haha 

p/s: harap coretan diatas boleh menjdi rujukan kepada bakal isteri tentera/polis yang salah harap maaf
dan sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut / dan anda mempunyai masalah bolehlah hubungi pejabat agama/kadi daerah anda, sesungguhnya layanan mereka amat baik =)


Rabu, 15 Oktober 2014

Dap dup dap dup

Dap dup dap dup
hoho
sesiapa bride to be JOHOR
gerenti faham maksudnya haha

wish me gudluck !!

=)


Jumaat, 10 Oktober 2014

Selasa, 7 Oktober 2014

SWEET MUSLIMAH

Pernah dengar x, 

best sangat shopping dengan Sweet Muslimah
sebab harga yang ditawarkan sgt2 rendah
pelbagai koleksi baju muslimah, jubah, dan juga khas buat kanak-kanak dijual di Sweet Muslimah

Harga yang sgt Berpatutan dan juga sekiranya berlaku masalah saiz atau sebagainya, anda berhak memulangkan kembali utk mendapatkan yg terbaik =)

tak percaya?
boleh cuba jengah dulu ,
nanti dah gaji boleh shopping  =)
















WOW >.<
cantik kan !

haha

apalagi cepat pergi shopping

www.SweetMuslimah.com

Ahad, 28 September 2014

TAHNIAH MY COUSIN !

Fuh, penat , apa-apa hal syukur selesai sudah majlis perkahwinan abg fadhli & kak sha, pengantin yg cantik dan sama padan, i like ! hihi
semalam dpt lah merasa majlis orang negori, beza sedikit dari johor dari segi makanan, yg penting ada LOMAK CILI API =p yummy delicious !
bukan daging biasa tp KERBAU wey ! haha so melantak dgn jayanya..
anyway , tinggal sebulan sahaja majlis aku haha =p semalam tu kira pre-progres wedding lah.. merasa lah kepenatannya haha sebelum merasa kepenatan bulan november ini =)
nah aku belanja gamba sepupu=) cantik x pengantin perempuannya? cantik kan ...kalah kak ton haha =p


baju blue purple rumah lelaki semalam =)


 

ni lah k.sha.. cantik !aku suka tgk muka dia =)




Tahniah , abg fadhli !

mood: mengharapkan diri dipostingkan utk pengambilan OKTOBER & JANUARI 2015 hoho
doakan yer rakan2x

Misz Sunsweetz a.k.a cikgu wadi

assalamualaikum 👀.. selamat malam semua.. tiba-tiba malam ini macam ada mood nak berblogging hik3 rindu sebenarnya nak berblog nak g walk...